Walaupun harga kereta elektrik (EV) semakin murah, ramai orang masih ragu-ragu untuk membelinya.
Kenapa?
Menurut Suresh Nair, seorang eksekutif jualan di Carconnections Subang, ada beberapa sebab utama iaitu:
- Nilai jual semula rendah
Permintaan untuk EV terpakai masih rendah, menyebabkan nilai jual semulanya jatuh teruk. Sebagai contoh, Mercedes Benz EQS 500 yang dibeli pada 2024 dengan harga RM648,000 kini dijual hanya RM350,000 — nilainya jatuh 45% dalam masa dua tahun sahaja. - Bateri jadi masalah besar
Kos bateri menyumbang lebih kurang 40% daripada harga keseluruhan kereta. Kalau bateri rosak atau perlu diganti, kosnya sangat mahal. EV ibarat seperti telefon bimbit — bila bateri dah habis, nilai kereta itu pun hilang sama sekali. - Servis dan bengkel terhad
Bengkel bebas masih belum cukup bersedia untuk mengendalikan EV, dan ini mengambil masa sebelum keadaan bertambah baik. - Bekalan berlebihan (oversupply) menekan harga
Semakin banyak jenama EV masuk ke pasaran, harga pun tertekan ke bawah — terutama dalam pasaran membangun seperti Malaysia.
Kesimpulannya, harga murah sahaja tidak cukup untuk menarik pembeli.
Selagi isu bateri, servis, dan nilai jual semula belum diselesaikan, ramai yang masih pilih kereta biasa.
Apa pendapat korang?
Kredit: freemalaysiatoday.com

Leave a Reply